BENGKEL INPUT STRATEGIK FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN 2019

Bengkel Input Strategik Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah diadakan pada 11 hingga 13 Disember 2019 di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mendapatkan input yang betul dan tepat berkenaan pelan strategik dan semua input-input strategik bagi Universiti supaya selari di peringkat jabatan/ fakulti.

Sasaran pendedahan input ini adalah kepada semua ahli pengurusan, staf pentadbiran dan semua Ketua Program/ Koordinator/ Penyelaras/ Unit di fakulti. Dalam sesi di bengkel ini juga telah dibuat secara bersama pencapaian semasa mengikut KPI Universiti bagi tahun 2019 dan sasaran bagi tahun 2020 dengan beberapa inisiatif tambahan di peringkat fakulti. Pencapaian dan perancangan berdasarkan kekuatan yang ada di fakulti ini juga akan menjadi rujukan utama bagi merealisasikan dan menterjemahkan pencapaian bagi tahun-tahun akan datang.